ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 01, 2024 -Ahad

 
  SESI LIBAT URUS MENGENAI PENGANGKUTAN RENTAS SEMPADAN (SABAH-SARAWAK)

Friday 29/11/2024




Table
Dr Norjayadi (duduk dua dari kanan) bersama para peserta yang terlibat dalam sesi libat urus mengenai Pengangkutan Rentas Sempadan (Sabah-Sarawak)


KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah Sabah dengan kerjasama Nexus Produktiviti Logistik (LPN) telah berjaya menganjurkan Sesi Libat Urus mengenai Pengangkutan Rentas Sempadan antara Sabah dan Sarawak. Sesi ini diadakan dari 25 hingga 27 November 2024, bertujuan untuk memfasilitasi perkembangan pengangkutan rentas sempadan dan meningkatkan kerjasama strategik antara kedua negeri.
 
Sesi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia. Dalam ucapan beliau, Dr. Mohamad Norjayadi menekankan pentingnya pengangkutan yang berkesan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan memudahkan pergerakan barangan antara Sabah dan Sarawak.
 
Antara isu utama yang dibincangkan termasuk kekangan infrastruktur, kos tinggi untuk transit rentas sempadan, serta cabaran peraturan yang berbeza antara negara. Kesan semasa daripada isu-isu ini mendapati bahawa peningkatan kos operasi dan kelewatan penghantaran telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
 
Untuk mengatasi cabaran ini, beberapa cadangan tindakan telah diusulkan, termasuk meningkatkan kemudahan dan keadaan jalan, mengadakan mesyuarat bilateral untuk menyelaraskan operasi, serta mewujudkan sistem digital bagi memudahkan proses permohonan.
 
Sesi ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBrs. Encik Surrendren Sathasivam, Pengarah Bahagian Industri Perkhidmatan, Kementerian Ekonomi, yang menegaskan komitmen kerajaan untuk menyokong inisiatif ini demi meningkatkan efisiensi dan memperkukuh kerjasama antara Sabah dan Sarawak.
 
Sesi ini melibatkan pelbagai organisasi yang memainkan peranan penting dalam pengangkutan rentas sempadan, termasuk LPKP Sabah, LPKP Sarawak, Jabatan Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah dan Sarawak, Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), Jabatan Kerja Raya Sabah (JKR Sabah), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Ekonomi, Sabah Logistics Council, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah dan Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah dan Sarawak dan BIMP-EAGA Business Council (BEBC).
 
MPC yakin bahawa hasil dari sesi ini akan memberikan impak positif kepada industri pengangkutan dan seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan di kedua-dua negeri.

SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Nama: Izzaldin Irfan
Tel: 016-8816614
E-mel: [email protected]
 
Nama: Nik Haneez Amizan Nik Rosdi
Tel: 019-7181804
E-mel: [email protected]
 
--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.